Terlalu lama tidak menjenguk ke sini. Maaf kerana menghampakan pengunjung yang datang berziarah.
Banyak perkara yang berlaku yang menguji iman serta kekuatan emosi dan fizikal. Laptop yang menjadi sebahagian daripada diri sendiri, malah boleh dikatakan segala-galanya untuk projek mega saya ditakdirkan untuk hilang. Disusuli pulak dengan penipuan pembekal dari China yang merosakkan segala perancangan. Kedua-duanya bukan sahaja menyesakkan poket, malah turut menyesakkan dada dan kepala saya namun tetap sarat dengan pengajaran. Itulah ujian. Saya terima dengan redha.
Dalam beberapa kejadian bertimpa-timpa yang Allah turunkan, Dia selitkan satu kebahagiaan sebagai penawar. Terima kasih atas nikmat dan rahmatNya yang mengizinkan kami untuk mengorak satu lagi langkah dalam usaha kami untuk menyempurnakan separuh daripada agama. Saya terima dengan syukur yang tak terhingga.
Begitulah kehidupan. Ada turun dan naik. Seronoknya kita sebagai muslim kerana dalam kedua-duannya ada kebaikan untuk kita. Bila diuji dengan kesusahan dan kita redha, pahala ganjarannya. Bila dikurniakan dengan kesenangan dan kita bersyukur, hadiahnya juga pahala. Apa yang pasti, dalam kedua-duanya kita ada tuhan yang sama, Allah Yang Maha mendengar setiap bisikan hati hambaNya.
Ya Allah, bantulah kami untuk mentaatiMu, bantulah kami untuk mencintaiMu, bantulah kami untuk mensyukuri nikmatMu dan bantulah kami untuk memperbaiki amal ibadah kami kepadaMu. Amin.
Ya Allah, bantulah kami untuk mentaatiMu, bantulah kami untuk mencintaiMu, bantulah kami untuk mensyukuri nikmatMu dan bantulah kami untuk memperbaiki amal ibadah kami kepadaMu. Amin.
0 comments:
Post a Comment