? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, August 26, 2009

Selamat Hari Lahir, Anakanda Muhammad


Kehadapan Anakanda Muhammad yang diingati,

Mama kenal Muhammad sejak hari pertama Muhammad berada di dalam rahim ibu. Mungkin seawall Muhammad dikurniakan deria, Muhammad kenal suara mama kerana mama seringkali menemankan ibu setiapkali ayah tidak berada di rumah. Mama menatap Muhammad buat pertama kali kurang 48 jam selepas Muhammad dilahirkan. Syukur kepada Allah, Muhammad sihat dan sempurna. Dari hari itu, pada sentuhan mama yang pertama, mama doakan agar Muhammad sentiasa dikurniakan kesejahteraan sepanjang usia.

Muhammad, nama itu ibu pilih untuk Muhammad bukan suka-suka. Apabila dewasa kelak, dalam setiap tindakan yang Muhammad lakukan, ingatlah nama Muhammad dan segala harapan yang terkandung didalamnya. Semoga peribadi Muhammad seindah nama.

Andaikata Muhammad tergerak untuk bertanya ‘di mana mama’, mama jauh dari pandangan Muhammad. Kita bertemu hanya sekali-sekala, tetapi nama Muhammad sentiasa dalam doa mama.

Selamat hari lahir buat anakanda Muhammad, semoga sentiasa dalam peliharaan Allah. Semoga semakin cerdik seiring usia yang bertambah. Mama mendoakan agar Muhammad cepat bergelar abang. Salam sayang dari mama.


-antara aksi romantik mama dan Muhammad-


0 comments: