? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, January 22, 2009

Terus dan teruslah menulis...


Saya pernah bercita-cita menjadi seorang penulis, tetapi hanya sebagai cita-cita sampingan termasuk juga menjadi penari. Pakcik Man saya, adik ayahanda yang ke-8 seorang yang sangat berbakat dalam penulisan. Hasil tulisannya banyak tersiar di beberapa kolum dalam majalah terkenal. Sejak kecil saya mengagumi kebolehan itu. Setiap kali ke rumah nenek, saya akan curi-curi membelek hasil karya yang dia menghimpunkan dalam satu fail yang dihias cantik, berselang seli dengan lukisan potret yang juga hasil tangan beliau. Saya agak sehingga sekarang beliau tidak pernah menyedari yang saya adalah salah seorang peminatnya, dan saya pasti yang dia tidak pernah sedar yang minatnya terhadap penulisan itu saya warisi.

Seawal usia tujuh tahun, saya sudah mula menulis. ‘Karya’ pertama saya judulnya Ladybird, konon-kononnya sebuah puisi yang saya ingin jadikan lirik lagu. Banyak yang menyusul selepas itu, yang rasanya tidak perlu saya ulas. Saya bukan penulis terlatih. Hanya sebagai hobi, sebagai terapi minda….dan kadang-kadang sebagai hadiah untuk insan-insan terpilih.



Seperti dirancang-rancang , kerjaya yang saya pilih rupa-rupanya mewajibkan saya untuk menulis dan menerbitkan. Bezanya dengan apa yang saya buat sejak kecil, kali ini ia bersifat teknikal. Saya beruntung kerana saya telah didedahkan dengan penulisan seperti ini sejak tahun pertama pengajian sarjana saya. Pengalaman itu menjadikan saya tidak janggal untuk menjadikannya salah satu daripada tugas hakiki saya. Saya juga beruntung kerana memang meminati penulisan ini, jadi ia tidak membebankan walaupun kandungannya amat berbeza dengan apa yang biasa saya tulis selama ini.

Bidang penulisan teknikal tidak memerlukan kita untuk menerawang, tetapi sangat perlukan kepakaran dalam mengolah dan menyampaikan. Ilmu sahaja tidak cukup, hasil kajian yang boleh menggegarkan dunia juga tidak berguna, andaikata tidak mampu menterjemahkannya dalam bentuk tulisan untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia. Ia bukan mudah. Tanyalah para penyelidik yang baru merangkak seperti saya…..

Pesan saya untuk diri sendiri dan mereka yang kerjayanya berkait rapat dengan penulisan teknikal, jangan sekali-kali beranggapan bahawa ia beban yang tidak menguntungkan. Saya selalu ingatkan diri bahawa setiap patah yang saya tulis adalah ilmu. Jurnal mahupun buku yang kita tinggalkan adalah pelaburan yang kita boleh panjangkan ke akhirat sana.


Sabda Nabi s.a.w. (maksudnya): Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali daripada tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.


Mudah-mudahan setiap ilmu yang ikhlas kita kongsikan akan kekal menjadi rujukan, seperti mana kita merujuk hasil penemuan para ilmuwan yang telah ditulis berpuluh tahun sebelum kita dilahirkan. Ya Allah, tambahkanlah ilmu kami, lapangkanlah dada kami dan ikhlaskanlah hati kami.

2 comments:

white flamingo said...

kite pun minat bidang penulisan ni. masalahnye kite malas. dulu masa zaman sekolah, cikgu Z (cikgu BM kite) selalu amik karangan kite untuk dijadikan contoh penulisan terbaik kt kelas. dan biasanye karangan yg terbaik dia akan photostate & tampal kt notice board kt belakang kelas. rasa bangga je tengok hasil kerja kite dibaca oleh orang lain. dan rasa bangga tu memberi inspirasi pada kite untuk menulis. tp lepas zaman persekolahan, kite tak tau camne nak kembangkan bakat menulis ni. maka bakat menulis ni terus terkubur begitu saje.

sekarang kite lebih suke membaca hasil tulisan orang daripada menulis sendiri. hehehe... kakak mmg pandai menulis pun.. kite suke puisi yang kakak tulis utk kite masa kite merajuk dgn kakak dulu. puisi yg fresh lagi original. kite tak ingat simpan puisi tu ktne. nnt kalau kite jumpa puisi yg kakak bagi tu, kite taip kt blog ni boleh kan kakak?

gara2 bakat menulis kakak jugak la yg selalu buat kite tanye kt kakak mcm mana nk cakap begitu, begini kt Prof S dulu kan? ahaks.. sampai sekarang pun khidmat kakak masih diperlukan kalau kite tak tau camne nk menyusun ayat.. thanx kakak..

yang maintain ayu ;) said...

anje, baik ko cari balik puisi memujuk tu...original dan tak boleh dululang2 tau.selalu aku buat copy utk diri sendiri...tapi yang tu takde copy...aku rasa dah lama tak buat keje macam tu, yang aku kasi kat ko tu last.

anyway, thanx untuk cuti 4 hari yang best. halalkan makan minum, air paip, sabun etc sepanjang kat umah ko aku doa mudah2an Allah balas kebaikan ko..mudah2an Allah ganti apa yang aku makan/pakai dengan sesuatu yang lebih baik lagi. Ha, baik ko ajak aku datang lagi...boleh aku doakan banyak2. hehe. Best kan borak kan?

windu la kat muhammad...sempat sehari je dia betul2 mesra...