? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, January 12, 2009

Oh Guru I : Wahai Murid, Doakan Mereka

Saya teringat perbualan sekumpulan pelajar yang berkongsi penerbangan dengan saya hampir setahun sudah. Saya ketika itu dalam perjalanan untuk menghadiri satu persidangan di Kuala Lumpur. Cuti semester yang baru bermula membuatkan penerbangan kali itu seperti rombongan pelajar.


Sekumpulan mahasiswa yang beratur betul-betul di hadapan saya seronok berbual. Saya dapat menangkap satu-persatu perkataan. Mereka membincangkan tentang projek tahun akhir. Saya bayangkan mereka diselia oleh penyarah yang sama. Oleh kerana saya kenal individu yang mereka sebutkan, maka saya dapat meneka dengan tepat jurusan mahasiswa di hadapan saya itu.


Tanpa sedikit pun syak yang saya yang sedang mendengar merupakan salah seorang warga akademik di tempat mereka menuntut ilmu itu, mereka ghairah berkongsi dan meluahkan rungutan, kemudian beralih menjadi sumpahan.


Mahasiswa A : Bila lah dia nak mati...
Mahasiswa B : Ye lah, cepatlah mati orang tua tu
Mahasiswa C : Amin...


Tersirap darah saya mendengarnya. Mati? Mereka mendoakan agar guru mereka dipendekkan umur.


‘Woi!!! Kamu tau tak siapa yang kamu sumpah mati cepat? Dia cikgu yang memberi kamu ilmu. Boleh kamu senang-senang sumpah dia mati cepat. Tak berkat ilmu kamu. Kualat baru tau!’ saya berkata berdegar-degar, tapi malangnya cuma dalam hati.


Saya hanya beristigfar mendengar sumpahan ‘mati’ itu. Sepanjang perjalanan saya mendoakan agar guru yang memberi ilmu pada mereka diberi sebaik-baik balasan dunia dan akhirat, serta diselamatkan dari sumpahan buruk anak didik yang tidak sedar diri itu.


Saya bukan menyebelahi guru, atas sebab saya seorang guru. Saya tahu guru itu juga manusia biasa, yang banyak kekurangan dan kelemahan, penuh dengan perangai tersendiri. Saya juga pernah menjadi pelajar, dan saya juga pernah merungut malah mengumpat guru-guru saya (sekolah dan universiti)...tetapi tidak pernah terlintas mendoakan kecelakaan untuk mereka. Bagi saya itu kata-kata yang melampau.


Saya seorang guru, saya tahu ia bukan tugas yang semudah disangka. Mungkin guru di IPT tidak nampak beban tugasnya dalam konteks pengorbanan masa dan tenaga untuk pelajar...kerana mereka kelihatan hanya mengajar seperti yang diperuntukkan oleh jumlah jam kredit tanpa kelas tambahan tanpa bayaran (kecuali kes istimewa), dan mereka tidak menghadapi suasana genting bertungkus-lumus menyediakan pelajar untuk peperiksaan besar seperti yang dilalui oleh guru di sekolah. Tetapi percayalah...disebalik tabir, sebenarnya mereka banyak berkorban....sekeping slide yang ditayangkan dalam masa kurang dari lima minit di hadapan pelajar, kadang-kadang menuntut mereka menghabiskan lebih lima jam di luar kelas. Terutama untuk guru yang baru bertatih seperti saya...


Wahai anak muridku, seburuk-buruk seseorang guru, dia yang mendidik kamu, yang menjadikan kamu seperti sekarang, yang menyumbang paling kurang salah satu huruf daripada anugerah yang tertulis dalam sijil dan ijazah kamu...yang kemudiaannya kamu usung dan ‘jual’ ke sana ke mari untuk menjadi jaminan kesenangan hidup kamu. Doakanlah kesejahteraan mereka.

Nota: Kualat = ketulahan, kena tulah dan yang seerti

2 comments:

white flamingo said...

emm.. kite pernah cerita ke kakak yg kite pernah dengar student ngumpat pasal kite lepas kelas? huh...

masa tu budak bertuah tu tak habis lagi mengumpat sbb sebelum dia habiskan "ayat2 cinta" dia, dia dah terpandang wajah kite berjalan kat belakang dia. macam mayat muka dia terkejut masa tu. terus dia jalan macam lipas kudung.

lepas je kite dengar kata2 dia tu, kite terus je jalan dengan hati yang kosong. jalan je... masuk kereta, jalan je lagi.. dah separuh perjalanan tiba2 je rasa pipi kite basah. terus dalam hati kite berdoa.. "ya allah, ampunkan la dosa anak muridku ini.." mujurla kite cuma guru. kalau la kite ni ibu kepada budak tu, kompom dia tak cium bau syurga dah.

bile balik, kite muhasabah diri, inilah gaknye yg orang kata.. "what you give, you get back". dulu kite ngumpat cikgu, sekarang student ngutuk kite plk. bezanye dulu kite ngumpat cikgu tak dengar. kalau cikgu dengar pun mesti dia tersinggung jugak.

next kelas, kite tak datang sebab MC. makanye dia ingat kite merajuk kot sbb tersinggung dengan dia. 2nd next kelas, dia dah tunggu kite kat tangga. nampak je kite datang, terus dia salam, cium tangan dan mintak maaf bersungguh2 kat kite.

dan budak tu mmg datang pada masa yang sesuai kot. hati kite pun dah sejuk dan kite mmg tak berdendam langsung. dan mungkin jugak masa tu kite mmg ikhlas maafkan dia kot.. akhirnya semester tu, dia mmg layak diberi gred A.

yang maintain ayu ;) said...

...biasa la cikgu kena ngumpat...mcm jugak kita masa jadi student suka bercakap pasal kekurangan cikgu kat belakang...

aku boleh redha diorang mengumpat,tapi aku pantang anak murid aku menipu aku...atau depan-depan aku buat aksi yang seolah-olah nak tunjuk 'saya tak takut kat miss'. tu tanda tak hormat...