? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, November 24, 2008

Tuliskan Binatang Kesayangan Anda...

Semasa sessi ice-breaking dalam satu kursus yang saya ikuti tahun lepas, salah satu arahan yang terlalu berat untuk saya ialah ‘..tuliskan binatang kesayangan anda…’. Kalaulah ia tidak wajib dijawab, sudah semestinya saya akan kosongkan ruangan itu. Selepas berfikir sepuluh kali, saya pun menulis KUCING. Itupun setelah mencuri idea dari peserta yang duduk bersebelahan saya.


Kawan-kawan sekampus yang masih mengingati saya pasti tahu yang saya takutkan kucing. Dalam ertikata lain yang lebih tepat, tak sukakan kucing. Sebenarnya saya sangat teringin membela kucing semasa saya kecil. Saya pernah merayu-rayu meminta bonda benarkan saya membawa balik anak kucing kepunyaan nenda. Setelah rimas mendengar saya merengek, bonda setuju, tapi dengan syarat saya kena membersihkan najis kucing tersebut. Dia juga memberi saya bayangan yang anak kucing itu nanti akan membuang najis rata-rata. Saya pun mengalah kerana tidak mahu menyusahkan diri sendiri. Bermula dari hari itu, saya membayangkan yang kucing adalah makhluk yang pengotor dan menyusahkan.

Bayangan saya itu terbukti semasa berada di kampus yang mempunyai kucing sebagai populasi kedua terbesar di asrama dan kafetaria. Bayangkanlah betapa tidak selesanya makan sambil diintai-intai oleh kucing-kucing yang lapar. Itu belum lagi kucing tamak yang melompat ke atas meja untuk berkongsi makanan. Yang manja pula akan menggesel-gesel. Yang kurang sopan akan masuk ke dalam kain. Seramai-ramai manusia, sayalah yang selalu menjadi mangsa. Amat merimaskan untuk saya ini yang tidak pernah membelai binatang yang bernama kucing itu. Saya pun berkata dalam hati….memang betul kucing menyusahkan, selamatlah saya tidak ada kucing di rumah.

Itu baru bab makan, belum masuk bab ‘buang-buang’. Pernah sekali saya mendapat bilik di aras paling bawah, betul-betul bersebelahan dengan lobi blok. Malangnya, seluas-luas lobi itu, kucing-kucing blok memilih satu sudut yang betul-betul bersebelahan dengan bilik saya untuk dijadikan tempat ‘pelaburan’. Lebih malang lagi, aci cleaner yang menjaga blok kami pun tidak sanggup membersihkan sudut itu dengan alasan yang membuat hati saya panas (saya bersihkan pun nanti dia buang lagi). Malas bergaduh dengan aci, saya dan seorang lagi kawan di aras bawah yang hidungnya kedap bau membersihkan najis-najis kucing yang busuk itu. Kalau sekali tidak mengapa, yang ini berkali-kali, sampai saya tidak janggal lagi untuk ‘menyenduk’ najis-najis itu. Saya pun berkata dalam hati….memang betul kucing pengotor, selamatlah saya tidak ada kucing di rumah.

Bab buang-buang tidak berakhir disana. Satu hari, roommate saya yang sangat sayangkan binatang membawa balik anak kucing yang dikutipnya dalam perjalanan. Kelihatan comot, lemah dan sakit seperti mangsa penderaan. Beberapa malam yang awal, kucing itu suka mengiau-ngiau pada masa manusia sepatutnya tidur. Saya memaafkan kucing itu atas rasa kasihan,mungkin dia masih trauma dengan apa yang dia lalui sebelum itu. Selepas beberapa hari ditatang oleh ibu angkatnya, kucing itu berubah wajah menjadi seekor anak kucing yang bersih, comel dan ceria. Dipendekkan cerita, satu hari kucing itu pun membalas jasa tuannya. Kucing bertuah itu telah membuang isi perutnya diatas katil saya, siap beralas T-shirt purple kesayangan saya lagi! Roomate saya menawarkan diri untuk membasuh baju itu. Saya kata baik buang sahaja. Maklum sajalah, isi perut kucing itu kali ini berbentuk cecair likat, sakit perut agaknya. Saya pun berkata dalam hati….memang betul kucing tidak mengenang budi, selamatlah saya tidak ada kucing di rumah. Oh ya, kucing itu tadi telah dihalau oleh ibu angkatnya dan tidak dibenarkan kembali lagi selepas itu. Itu bukan pertama kali kucing mengotorkan harta benda saya. Sebelum itu saya pernah merendam buku-buku saya sehingga tulisannya kembang gara-gara seekor kucing yang memanjat tingkap dan kemudiannya membuang air di atas meja studi saya.

Itu sejarah kucing dalam hidup saya. Ia tidak berakhir di situ. Seperti yang Allah telah ingatkan, setiap kejadian itu tiada yang sia-sia. Kucing yang pada saya penyibuk, pengotor dan menyusahkan serta tidak mengenang budi itu banyak mengajar saya tentang kehidupan. Hanya pada mulanya haiwan itu berkenalan dengan menyakitkan hati saya. Tetapi selepas perkenalan demi perkenalan seterusnya, ia menjadi sesuatu yang sangat istimewa. Saya akan ceritakan satu hari nanti tentang Nurain si kucing pelik, MakPiah yang gentleman, Fiona si ibu mithali & Mila yang persis mutiara…..

2 comments:

adiex said...

hehehe...kelakar ler akak punya nukilan terbaru nie.... adiex ni blei dikatakan terg0l0ng dlm manusia yg manja dan penyayang... ser0n0k sgt tgk 0rg bermanja dgn binatang2 kesygan n teringin nk bermanja dgn binatang2 ni...tp adiex dilahirkan bkn sbgi pengemar binatang termasuk kucing....

adiex pn ada beberapa sejarah yg tak brp best dgn kucing... pernah mkn mlm kt tgh2 alam kat kedai makan tu kucing l0mpat naik ke atas riba... n sesunggh ati adiex pn mel0mpat sma dan menjerit... malunyer, tuhan je la yang tau.... sumer 0rg kat kedai tu tgk...

n peristiwa yg lbh kurang sama jadik ms adiex diner dgn si dia... si dia yg mmg tau adiex anti kucing sengaja biarkan kucing l0mpat naik ke atas kerusi adiex... skali lg adiex mel0mpat sama...cuma mujur tak menjerit...sukernyer si dia dpt gelakkan tgk adiex mel0mpat tu... maluyer kite... reaksi sp0ntan yg tak blei nk di c0ntr0l biler disergah kucing...

tp ada cerita yg lg best sal kucing adiex nk share kat sini... se0rg bekas hausmet yg jgk bkn pengemar kucing... si X-hausmet ni gunakan alasan kucing tuk bwk blk BF dier ke rumah...

ms adiex kuar dier anta sms bgtau dier ajk BF dier msk ke rumah tuk tgkp kucing... kn0nnyer ada kucing mel0mpat msk ke rumah ikt tingkap belakang apartment tgkt 4 kitorg... (mmg berani mati pnya kucing...)

1 jam lps tu adiex blk umh... si penangkap kucing msh dlm rumah... tp kucing yg nk ditangkap tak nmpk byg pn... i juz w0ndering.... cmner ler rupe kucing tu erk smp 1 jam nk tgkp...

erm... tu ler citer adiex yg penah si dia ckp adiex ni tak da berperikebinatangan....=)

yang maintain ayu ;) said...

heheh...tak jemu2 adiex membaca ek..hehe. nampaknya adiex pun boleh tulis satu entri bertajuk 'kucing ajaib dan tingkap apartment'hehe...