‘ Do you mind spending another one week to finalize your decision....just in case...’
Itu kata sifu sebagai penutup kepada perbincangan kami minggu lepas. Saya setuju, mungkin saya perlu sedikit masa lagi untuk mencari dan membaca. Entah kenapa,hati saya masih kurang tenteram pada keputusan yang saya buat sendiri walaupun sudah lebih 20 kali saya ulang apa yang dibaca supaya tidak tersilap faham, malah siap dengan jadual perbandingan agar mudah untuk saya membuat pilihan. Balik ke work station kami, saya tuliskan di atas memo ‘final glance on drug selection’dalam senarai things to do.
Maka saya berundur sedikit ke belakang untuk mencari semula maklumat paling basic untuk projek mega saya ini. Dan setelah beberapa hari, saya menemui ini;
‘S-metoprolol is commercially available in the form of S-metoprolol succinate (metpure-XL tablet) manufactured by Emcure Pharmaceuticals Ltd, India’(Dasbiswas et al, JIMA, April 2008).
Serta merta pencarian saya berakhir dan berjawab. Sedikit kecewa dengan perkembangan terbaru yang memerlukan saya mengubah apa yang saya rancangkan. Namun lebih daripada itu, jutaan kesyukuran saya panjatkan kerana ini tentunya jawapan Allah kepada doa saya agar diberi petunjuk dan pimpinan dalam setiap keputusan yang saya lakukan. Alhamdulillah.
Saya akan berundur sedikit ke belakang, dalam tempoh baru dua bulan. Tidak mengapa. Ini baru sedikit, ini baru yang pertama. Lumrah penyelidikan, akan sentiasa ada surprise yang datang. Semoga Allah menajamkan fikiran dan terus membuka ruang untuk ilmu milikNya saya terokai.
2 comments:
susah jugak ye buat project ni..
hai fadh, singgah jugak rupanya. hehe. doakan agar dipermudahkan ok...
Post a Comment